Terma Perkhidmatan (Terms of Services)

Tarikh Kemas Kini Terakhir: 3 Februari 2026

Selamat datang ke Mudahnya Refinance. Dengan menggunakan laman web ini dan menghantar maklumat anda, anda dianggap telah bersetuju dengan terma-terma mudah di bawah:

1. Peranan Kami Sebagai Konsultan

Anda memahami bahawa Mudahnya Refinance adalah perunding hartanah (Mortgage Consultant) bebas dan bukan merupakan sebuah institusi bank. Tugas kami adalah membantu anda membuat semakan kelayakan, memberikan khidmat nasihat, dan membantu menguruskan proses permohonan (submission) dokumen anda ke bank pilihan

2. Tiada Jaminan Kelulusan

Kami komited untuk memberikan strategi terbaik untuk permohonan anda. Walau bagaimanapun, anda bersetuju bahawa keputusan kelulusan akhir, kadar faedah (interest), dan jumlah pinjaman adalah hak mutlak pihak bank. Kami tidak menjamin kelulusan 100% kerana ia bergantung kepada profil kredit individu dan polisi semasa bank

3. Ketepatan Maklumat

Untuk memastikan semakan kelayakan anda tepat, anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang benar dan dokumen yang sah. Sebarang anggaran kiraan atau nilai hartanah yang kami berikan adalah berdasarkan maklumat awal dan boleh berubah mengikut penilaian rasmi bank

4. Privasi Data & Komunikasi

Data anda adalah selamat. Dengan menghantar borang, anda memberi keizinan kepada pihak kami untuk:

5. Yuran Perkhidmatan (100% Tiada Caj Perunding)

Kami memberikan perkhidmatan percuma sepenuhnya kepada pelanggan. Anda tidak perlu membayar sebarang yuran perundingan atau yuran pengurusan kepada Mudahnya Refinance bermula dari fasa semakan, penyediaan dokumen, submission, sehinggalah proses pengeluaran duit (disbursement) selesai.

Sebarang kos rasmi yang terlibat dalam proses refinance (seperti yuran guaman atau penilaian hartanah) adalah mengikut ketetapan pihak bank/undang-undang dan akan diterangkan secara telus sebelum anda menandatangani surat tawaran bank

6. Perubahan Terma

Kami berhak mengubah terma ini pada bila-bila masa bagi memastikan ia selari dengan undang-undang dan polisi perbankan Malaysia yang terkini

Mudahnya Refinance

Pakar Perunding Refinance Anda. Urusan PERCUMA A-Z Sampai Dapat Duit

Penafian (Disclaimer):
Mudahnya Refinance adalah perunding hartanah (Mortgage Consultant) bebas, bukan sebuah institusi bank. Perkhidmatan kami merangkumi semakan kelayakan, strategi kewangan, dan pengurusan dokumen untuk dihantar (submission) ke pihak bank secara percuma tanpa sebarang yuran perkhidmatan.

Sila ambil maklum bahawa keputusan kelulusan, kadar faedah (interest), dan jumlah pinjaman adalah hak mutlak pihak bank berdasarkan profil kredit (CCRIS/CTOS) dan nilai hartanah anda. Sebarang kos rasmi (seperti yuran guaman, penilaian hartanah, atau duti setem) adalah tertakluk kepada ketetapan pihak bank dan undang-undang Malaysia. Anggaran kiraan di laman ini adalah untuk rujukan awal sahaja.